APRIL 2022

Premier Sarawak Buka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri Dan Persekutuan


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Majlis dihadiri seramai 300 jemputan terdiri daripada menteri-menteri kabinet negeri, timbalan-timbalan menteri, ketua-ketua jabatan serta penjawat awam negeri dan persekutuan.

Selepas berbuka puasa, beliau bersama jemputan lain yang beragama Islam menunaikan solat Magrib, Isya’ dan Sunat Tarawih berjemaah di Surau Aras 1 DUN yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Hadir sama di majlis itu adalah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion serta Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato’ Amir Omar. -EDISI UKAS

Sumber dari : UKAS